Baby Haziq Fahim

Lilypie - Personal pictureLilypie Premature Baby tickers
Daisypath Anniversary tickers

Friday, March 26, 2010

DIY Pomander Ball

Hari ni Jumaat, hari yg dinanti-nanti kan...mmg dah janji ngn office mate nak gi jalan TAR...hehehe..
so kitorang plan la beramai kuar gi jalan TAR, ada yg beli tudung, beli kain, hmmm...saya nye plan nk gi SSF nak beli riben putih untuk doorgift dah habis, hmm..sampai sana, tinggal 2 gulung je lagi...mana cukup, tp ambik jela, nanti dtg lagi...mana tahu order baru sampai...then ambik riben organza untuk DIY pomander ball...sebanyak mana yg dapat, hehehehe...byk benda leh guna pomander ball ni kalo dpt byk...hehehe..

Kat bwh ni saya tunjuk skit cemana saya nye DIY yg bodoh2 gitu,,,hehehe, org pakai bunga saya pakai riben...save cost...hehehe


Ni bahan-bahan nak buat organza pomander ball, yg kelakarnye polysterin bulat utk cucuk organza ni terlupa nak beli...hmmm, x pela, blm nak cucuk lagi, buat dulu banyak2, pink +white...my theme...

Saya cut dawai ni satu dptkan 4 btg dawai yg kecik2...

Ni dawai ngn organza yg dah dipotong...
Ni satu organza yg dah diikat dgn dawai...

Ni dah byk skit, testing2 dulu...
Ni ada la dlm 4-5 pieces hmmm...nanti dah siap cucuk kat polysterin campur pink & white kita tunjuk ek, kena beli bola dulu...hehehe

Door Gift untuk Main Table (VVIP)

Terlupa nak update pasal doorgift untuk main table, dah one week beli...21/3, last week la...sponsored by Cik Ella...hehehe...nice sgt...saya mmg suka, tunggu nak deco je skit lagi bg naik seri skit...

Dalam bekas ni x tahu lagi nk letak ape, maybe telur ayam, telur puyuh or coklat...tu bergantung kepada budget...heheheh...



Tunggu hasil nye lepas deco....

Wednesday, March 24, 2010

Lama x update

Dah lama x update blog ni, hmmm...buat ms ni mcm x th nk update apa, bgr2 dh lama x membeli...
just progress yg sdg giat diusahakan ialah menyiapkan beg door gift dlm 500 lagi...tu je...

And one more things just to remind myself be prepared to be a wife, just around 70 days left...

Tuesday, March 16, 2010

DIY Paper Bag...(Door Gifts)

My paper beg, ilham dari diri sendiri untuk menjimatkan kos dan memastikan doorgift ni sama jerk utk semua org, even x la cantik mana kan, tp yg penting effort nak buat tu...huhuhu...br siap dlm 250 ++ beg...wah...around 400 ++ to go....sempat ke ni, door gift side lelaki blm deco lagi, doorgift for family n friends pun blm...huhuhu...dalam nye masih x tahu nka letak ape..x blh barang berat2 takut terkoyak...hehehe..maklumlah kan...mahal sgt ni, yg penting ikhlas nak bagi...

Saturday, March 13, 2010

Alhamdulillah...

Alhamdulillah, selalu dgr je Matta Fair ni, and x pernah pegi pun..tgk je org gi sana, gi sini, ambik pakej serata dunia...hmm, tringin sgt, tp waktu tu kita tahu kemampuan diri setakat mana jer, so...simpan je dulu hasrat di hati tu...

Tak sangka tahun ni first time gi Matta Fair and dpt ambik pakej, even x mahal mcm yg org lain ambik beribu-ribu tuh...pg kali ni dgn niat nak cari pakej untuk honeymoon lepas kenduri nanti, and dah tercapai pun...tunggu nak pegi je, time utk 2 pakej ni is flexible..satu smpai bln 10, satu lagi valid setahun...hihihihi...sgt exited, mulanya tringin nak pegi oversea, bkn nk pegi jauh2...dekat2 negara jiran pun jadik la..hmmm, mmg byk pakej murah2, exspecially ke Thailand ngn Indon...tp bila cr dia nye tiket flight sgt la mahal...maybe pada org lain x mahal pun, tp pada saya mcm mahal skit, sebab...kn ikut kemampuan, x nak la spent too much for this, byk lagi benda nak pikir lepas kahwin ni kan...hmm..so we decided just to take domestic vacation...

2010 MATTA FAIR

First time gi Matta Fair, ramai nye la manusia...Setelah 2 hari merayau-rayau dan mengutip beribu-ribu pamplet....dapatla 2 vacation ni...Alhamdulillah...and still under budget...

cerita selanjutnye tunggu....

My TQ Tag

Before, I have decided to print out my TQ Tag, and paste it on my paper bag...but, sgt malas nk gunting and lekatkan sebab sgt byk...so, dah tgk2 byk B2B nye blog, ada 1 blog ni dia buat rubber stamp, such a briliant idea..then saya pun dah menempah TQ Tag from my own design...

Semalam gi tempah kat The Mall, less than 20 minits dah siap...best..best..

Ni dia dah siap..hehehehe...so kena la siap kan paper bag yg beratus ratus lagi belum siap tuuu...

Tuesday, March 9, 2010

Pantang Larang Berdarah Manis

Kata org kita yg ingin mendirikan masjid atau phun dlm masa bertunang dan semasa & selepas dijab&qabul ini berdarah manis... jd apa yg perlu dan rasa logik diakal sepatutnya diikuti dan jgn meremehkan kata org dulu2..

selamat membaca & selamat beramal.......

1. Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul utk mengelakkan tohmahan masyarakat. Selain itu ia bertujuan utk mengawal nafsu. Ia juga utk menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yg timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri.
2. Jangan tidur dirumah orang takut terkena ilmu. Ia juga utk menjaga nama baik keluarga.
3. Jangan bebas keluar kemana-mana kerana takut disantau oleh mereka yg mempunyai niat tidak baik.
4. Jangan makan nasi dgn gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelamin bagi mengelakkan perut buncit.
5. Elakkan makan ulam yg berbau busuk seperti petaidan jering.
7. Jangan bercermin terutama selepas maghrib ke atas bagi mengelak diri dari perkara sihir.
8. Jangan membuang air kecil dan air besar serentak di dlm air contohnya dlm sungai, kolah kerana ia boleh melemahkan organ seks.
9. Elakkan minum air bergas kerana ia mempunyai gula dan gas yg tinggi dan boleh menyebabkan kencing manis.
10. Kurangkan makan makanan yg manis kerana jika terkena kencing manis, lelaki tersebut menghadapi masalah berat tika bersama.
11. Elakkan mandi malam kerana tidak elok untuk sendi-sendi.
12. Kawal makan iaitu sekali makan setiap hari (mengikut sesetengah adat)
13. Kaum lelaki elakkan memakai seluar dalam yg ketat pada waktu malam dan tidur meniarap kerana tidak bagus utk organ seks kerana darah tidak mengalir.
14. Elakkan terlalu banyak makan makanan laut kerana ia mengandungi banyak toksid.
15. Tiga bulan sebelum berkahwin, mula membuat urutan supaya pengantin mempunyai tenaga.
16. Amalkan makan telur ayam kampung seminggu 2 kali yg dicampur madu dan lada hitam yg ditumbuk utk menambah tenaga.
17. Bagi mereka yg banyak angin, minum air halia utk membuang angin.
18. Belajar ilmu rumahtangga drpd org yg berpengalaman dan sudah berkahwin tentang rahsia memikat isteri supaya rumahtangga aman dan damai.
19. Jangan memuaskan nafsu dengan cara sendiri.
20. Cukupkan waktu tidur tujuh hingga lapan sehari.
21. Elakkan minum minuman keras dan merokok.
22. Elakkan terkena cahaya matahari kerana dikhuatiri hitam dan tidak berseri pada hari perkahwinan.
23. Elakkan minum air soya kerana ia sejuk dan tidak elok utk alat kelamin.
24. Amalkan makan jamu supaya malam pengantin tidak mengecewakan.
25. Banyakkan baca surah-surah bagi mengelakkan gangguan syaitan. Sentiasa mengingati Allah.
26. Jangan makan sebebas-bebasnya kerana ketika ini sistem dalaman tidak stabil.
27. Jangan terlalu terdedah kepada keluarga lelaki (simpan diri).
28. Jangan berembun atau keluar malam bagi mengelakkan unsur jahat.
29. Jangan bercelak atau berlangir serta memotong rambut seminggu sebelum ijabkabul.
30. Jika telah nikah gantung tidak boleh bersama.
31. Selepas nikah mesti ada peneman tidur sebelum bersama. Ia bertujuan utk menghangatkan lagi kemesraan.
32. Bilik lelaki atau wanita jgn dikosongkan. Mesti ada orang atau ahli keluarga terdekat tidur di dalam bagi mengelak dr dikhianati org.
33. Jangan buat kerja yang berat. Bila pengantin membuat kerja berat, dia akan berasa penat dan mudah terjadi nya gangguan emosi.
34. Jaga pertuturan agar tidak menimbulkan rasa sakit hati.
35. Elakkan makan dan minum seperti sayur bersifat sejuk seperti kangkung, bayam, timun, jambu batu dan air kelapa agar muka nampak segar.
36. Jangan cukur kening ditakuti akan menghilangkan seri muka.
37. Sebelum menjadi pengantin, katil kelamin tidak boleh ditiduri oleh pengantin kerana tidak manis.
38. Lempar baju di atas bumbung rumah tanpa diketahui oleh org lain bagi mengelakkan hujan turun ketika majlis berlangsung.
39. Dilarang memandang cermin ketika disolek oleh juruandam kerana dikhuatiri hilang seri.
40. Kedua pengantin dilarng bercakap ketika bersanding kerana kurang manis dipandang tetamu.
41. Jangan makan kepala ayam nanti mengantuk masa bersanding.
42. Dilarang membuang alis kerana perbuatan tersebut akan menghilangkan seri wajah buat pengantin lelaki.
43. Jangan makan bersulam air kerana dikhuatiri menyebabkan perut menjadi buncit.
44. Elakkan keluar rumah tanpa tujuan kerana angan-angan yg tinggi menjelang perkahwinan dikhuatiri bakal pengantin mengalami kemalangan jika berada diluar. Kebanyakan pantang larang ini tidak diamalkan lagi dan ini hanya untuk pengetahuan dan rujukan sahaja.

Get From Farah blog

Saturday, March 6, 2010

White Lace Heels for my wedding..

Smalam gi KLCC saje2 jalan2 sambil mencari wedding heels, nak cari warna putih...jalan2 n masuk la primavera...ada one off white heels, so sweet...dia x blink2, I hate blink2 ok...so sweet and lovely, White lace heels...so sweet


Nice ka, sweet, yg dekat PRIMAVERA tu lebih kurang mcm ni la...RM109, ok la price dia kan...
teringin sgt dah semalam tu, tp x beli...kalo dah x der lepas ni...huhuhu...sedih nye...

89 DAYS TO GOOO!!!!

Less then 3 month OK!!!

Sgt nervous and takut bila terpandang tikers yg less then 3 month left for my big day, pray to God, hope everything will be run as per plan...really2 hope...n terus terpikir yg so many thing still not done, how can..sebab dah terlalu lama sgt berenti buat preparation ok..ye la lately ni, mcm2 jadi...fikiran ni pun dah berserabut...dugaan datang dan pergi, everything is so suddenly...hmmm...by the way..
apa yg dah dirancang must be done perfectly...ok..

I will start continuing my task to finish up all the pink door gift for tetamu...
12/3...appintmont for HIV test..then terus2kan berdoa agar baju ku jadi seperti yg dikehendaki..huhuh
really scared on it...

Ujian itu datang dariNYA...

Ujian adalah guru yang tidak bercakap, tetapi ia sangat mengajar dan mendidik. Ujian kecil mahupun besar adalah takdir Allah. Allah Maha Pengasih, jauh sekali Allah takdirkan ujian hanya untuk menyusahkan hamba-Nya. Bagi orang yang sudah banyak melakukan dosa atau lalai daripada mengingati Allah, maka Allah datangkan ujian kesusahan kepadanya. Supaya hamba-Nya tadi tidak tenggelam dalam dosa dan noda. Sekadar Renungan...

back to point, Jumaat lepas lepas 26.02.2010, after solat jumaat..En tunang punya kereta accident dkt pasar rawang...sian dia, dia down juga la time tu...sedih je dgr suare...katanya dekat2 nak kahwin ni mcm2 jadi...Apa lagi yg saya blh ckp, mungkin ada hikmah di sebaliknya...benda dah jadi, kami redha je...

Ni keta nye...

Yang dia melengung je, sblm kejadian ni, HP Sony, br beli x sampai setahun rosak, so dah gi antar repair...then dia beli la Samsung...pastu malam selepas accident tu, tetiba dia kata HP Samsung yg br sebulan beli tu pulak rosak...ish..ish, dgn simcard CELCOM sekali rosak...sian sgt, smpai dia ckp "x tahu apa lagi yg nk jadi lepas ni"...saya ckp, x baik ckp mcm tu, kita sama-sama doa semoga dilindungi Allah swt drpd segala perkara yg x diingini...sy bgth dia, walau apa pun ada...dia x sorang, saya akan sentiasa di sisi dia even senang or susah...Sian abg mlm tu tdo dlm keresahan dan kesedihan... :( Hopefully after this everything gonna be better and more easy, makin dekat ni...makin mcm2 plak jadi...org kata susah nak kahwin ni...byk sgt dugaan....Semoga kita tabah dan kuat melaluinya..

2-3 hari after this incident, dlm hari yg hjn tgh lebat, I try to catch him up, call x angkat...hmmm..hati x sedap...pastu try lagi then dpt, then dia kata motor pancit, kena tukar tayar...hmmm, so sad...again it happen to him...sabar ye abg...InsyaAllah kita kuat to face all this..


 

Blog Template by YummyLolly.com
Sponsored by Free Web Space